Site Visit to Ceramtec Innovative Ceramic Engineering (M) Sdn Bhd
26 November 2020 – Satu lawatan kerja ke kilang Ceramtec Innovative Ceramic Engineering (M) Sdn Bhd di Senawang Industrial Park telah diadakan dan diketuai oleh YB Dato’ Dr. Mohamad Rafie bin Ab Malek, EXCO Pelaburan Negeri Sembilan, dan disertai oleh wakil-wakil Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri seperti INVEST NS, MIDA NS, MARA NS, Kolej Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS) dan Kolej Vokasional Negeri Sembilan.
Syarikat ini merupakan 100% pelaburan dari negara Jerman yang mengeluarkan ceramic former yang berkualiti tinggi. Syarikat bakal mengadakan projek pembesaran secara berfasa yang bernilai hampir RM50juta berikutan permintaan produk yang semakin meningkat.
Syarikat juga bakal menjana 200 peluang pekerjaan dan di dalam proses usahasama dengan kolej-kolej kerajaan dan swasta bagi mendapatkan sumber pekerja tambaban.