Lawatan kerja & Mesyuarat di TH Properties, Enstek

12 Mac 2020 – Sesi mesyuarat bersama pihak TH Properties bagi membincangkan hala tuju pembangunan kawasan Enstek di Nilai. Mesyuarat dipengerusikan oleh YB.Dato’ Dr. Mohamad Rafie Ab Malek dan turut dihadiri wakil-wakil agensi seperti UPEN, NSCorp, NSIC, Secretariat MVV dan  MIDA Negeri Sembilan. Seterusnya, satu lawatan kerja ke kilang Coca Cola Bottlers (M) Sdn Bhd turut diadakan bagi meninjau status projek pembesaran syarikat yg mengaplikasi konsep IR 4.0 di dalam fasiliti kilang.