Lawatan Kerja Agensi Berkaitan Pelaburan ke Johor Bharu

12 – 22 September 2020 – Program Retreat dan Lawatan Kerja YB Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan bersama Agensi – Agensi Berkaitan Pelaburan di Negeri Sembilan ke Johor Bharu.

Lawatan ke Majlis Perbandaran Pengerang (MPP). Daerah yg dahulunya dikenali sebagai kawasan nelayan tetapi kini berubah ke arah Bandar Pintar yang menyokong pembangunan industri minyak dan gas negara. Dengan keluasan 128,830 hektar, daerah ini hanya memiliki 151,664 penduduk dan antara projek berimpak tinggi di daerah ini ialah RAPID Petronas Project. Turut dilawati Smart Command Centre MPP dimana ia adalah pusat kawalan dan pemantauan bandar, lalulintas, komuniti, dan lain-lain lagi.

Selepas lawatan kerja ke Majlis Perbandaran Pengerang, Delegasi Kerajaan Negeri yang diketuai oleh YB Dato’ Mohamad Rafie bin Ab Malek, EXCO Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan meneruskan lawatan kerja ke Forest City, Country Garden Pacificview bagi meninjau kemajuan dan konsep pembangunan projek mega ini. Bandar bersepadu ini merupakan tanah tambakan laut bersaiz 600 ekar yang berupaya menarik penglibatan perusahaan global dengan menawarkan polisi kawasan bebas cukai, akses lancar ke Singapura, hub pengangkutan Asia Pasifik, dan ” Amazing Island Lifestyle” dengan rekabentuk “Architectural and Engineering” yang futuristik dan moden.

Di sebelah malam pula, lawatan penanda aras ke B5 Street Market (Tourism Market) bersama Team Damansara Asset SB. Lokasi yang terletak di Pekan Tampoi di atas tapak seluas 5.9 ekar merupakan pusat acara aktiviti kebudayaan, jualan barangan cenderamata, kraftangan, tekstil, live band dan juadah makanan yg sedap-sedap belaka. B5 Street Market telah beroperasi mulai Februari 2020. Setelah selesai lawatan, mesyuarat belanjawan 2021 bagi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan dan Perindustrian dimulakan.

Turut diadakan adalah lawatan ke InneoNusa Sdn Bhd, sebuah syarikat usahasama Telekom Malaysia Berhad (TM), UEM Sunrise Berhad (UEMS) dan Iskandar Investment Berhad (IIB). Syarikat ini bertanggungjawab mengendalikan Smart City Integrated Operation Center (SCIOC) di Iskandar Puteri sejak 2016 dan merupakan yang pertama di Malaysia. SCIOC membolehkan InneoNusa untuk menyediakan satu papan pemuka pemantauan (Monitoring Dashboard) dan mampu menyokong Safety, Security and Smart Services 24/7.

Seterusnya, diadakan lawatan kerja sambil belajar ke TM One Iskandar Puteri Core Data Centre (IPCDC), di Nusajaya Techpark

Akhir sekali, Lawatan Agensi-Agensi Pelaburan Kerajaan Negeri Sembilan Ke “Pengerang Integrated Petroleum Complex” (PIPC)

Dalam usaha untuk memajukan sektor perindustrian dan sektor maritim di Negeri Sembilan, lawatan Agensi-Agensi Pelaburan Kerajaan Negeri Sembilan ke “Pengerang Integrated Petroleum Complex” (PIPC) di atur untuk mempelajari pembangunan pesat yang di teraju oleh Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) di PIPC.

Lawatan ke tapak perindustrian dan taklimat telah telah di kendalikan oleh JPDC, Dialog Corporate Sdn Bhd dan Petronas’s Pengerang Integrated Complex.

Lawatan ini memberi pendedahan dalam penyediaan Pelan Induk Pembangunan Ekonomi Negeri Sembilan yang bakal dibentangkan pada 12 November 2020 semasa pelancaran Tahun Melabur NS 2021 (Invest NS 2021).